♪ Adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta…
Yang masih…bersemadi untukmu…
Dan sebenarnya ku mengharapkan…disebalik
senyumanmu itu…
Kau juga…merindui aku… ♪
“ha…yang kau ni menyanyi tak tentu pasal ni kenapa? Dah angau gila kat
jantan yang kau nak sangat tu ke?” nyanyian Mel di pagi hari semasa mereka
bergerak ke kuliah Kimia begitu menghairankan Ixora.
“erm…malaslah nak tunjuk. Nanti kau kata bongkak pula. Ish…berat pula nak
tunjuk.” Mel memerli Ixora dan berlagak seperti hendak tidak hendak
menunjukkan handphone kepada Ixora.
“kau nak tunjuk apa? bagi sini aku tengok.”
“upss…terbagi tunjuk pula.”
“ooo…inilah gambar yang kau ambil
dengan mamat tu semalam?”
“yes, of course. Cemburu tak?”
“tolong sikit, langsung tak. Semalam
kau ada buat apa-apa dengan dia tak?”
“maksud kau?”
“manalah tau, kau buat projek dengan
dia?”
“tak baik nok, mak tak suka. Itu lain
kali la…will be!” Mel berlalu meninggalkan Ixora yang
terpinga-pinga dan berjalan seperti orang kaya yang berlagak seperti memiliki
harta setinggi gunung. “Menyampah aku
tengok”. Bisik hati Ixora.
“Pika, tengok ni. Aku dapat
something.”
“wah, kau dapat ambil gambar dengan
mamat hensem tu?”
“yelah nyah…mak dapat tau.” Kecoh betul Mel menunjukkan gambar dia bergambar dengan Kyle semalam.
Ixora hanya duduk dan mampu menggelengkan kepala sahaja. Dia tidak pasti adakah
Kyle itu benar-benar jodoh untuk Mel.
Harap-harap, lelaki itu tidak memainkan perasaan Mel seperti Talhah kekasih
lama Mel dulu.
“Ixora, aku rasa Kyle tu pun minat kat
aku.”
“mana kau tau?”
“adalah…” Mel terus duduk kerana Cik Azliza sudah mula memberikan kuliah.
Setelah satu jam kuliah,
Ixora mula bersuara. Lantas dia menghampiri Mel. Mel kelihatan tekun sekali
meneliti nota kuliah yang telah diberikan Hannah.
“macam mana kau boleh tackle mamat tu?” tiba-tiba Ixora bersuara.
“semalam aku dengan Abang Faris pergi
blok kediaman dia.”
“kau masuk bilik dia?”
“ya…kenapa, kau tak percaya?”
“bukan tak nak percaya, tapi drastik
sangatlah benda tu berlaku.”
“kami dah berkenalan pun.” reaksi Mel seakan-akan gedik begitu membuatkan Ixora jelek. Tapi,
kisahnya amat menarik untuk didengar.
“tapi dia kenal kau sebagai lelaki.”
“betul juga, jadi macam mana?” Mel mengaru kepala yang tidak gatal.
“kau hanya boleh tengok dari jauh saja,
pegang tak boleh.”
“lepas habis kuliah ni kita pergi Café B kemudian kita tengok dia macam
mana, okey?”
“Mel, dapat tidur nyenyak semalam?” kehadiran Faris mengejutkan Mel.
“bolehlah
juga. Abang, Kyle tau tak siapa Mel yang sebenarnya?”
“tak, abang rahsiakan. Kalau Mel nak dia tau…Mel kena confess sendiri,
okey?”
“okey, fine…tapi abang, kalau Mel nak
pergi sana lagi macam mana?”
“kali ni Mel kena buat sendiri,abang dah
tak mahu tolong lagi.”
“bukan apa, Mel cadang nak pergi sana
lagi malam ni.”
“hati-hati kat sana tau. Jangan sampai
‘diasmarakan’ oleh si Kyle tu sudah.
“okey, don’t worry.”
“Mel, jom pergi Café B, aku dah laparlah.”
“tapi kau kena teman aku skodeng dia
lagi.”
“yelah…yelah….”
Pergerakan pelajar
turun dari Dewan Kuliah mengakibatkan kesesakan yang berlaku di belakang dewan.
Mel dan juga Ixora menyelit untuk segera keluar. Perjalanan untuk ke Café B
memang sesak ketika waktu pelajar bertukar waktu kelas. Kebetulan Kyle keluar
dan menuruni tangga dari Bilik Tutorial.
“hai.” Mel bertegur sapa dengan Kyle ketika berselisih untuk ke Café B.
Tetapi, Kyle hanya tersenyum membalas sapaan Mel itu.
“wah, berlagaknya dia.”
“dah nama pun hot dan kacak, mestilah poyo
kan?” Ixora cuba menyokong pendapat Mel.
“tengoklah kau malam ni.”
“so, jadi tak pergi Café B ni?”
“arghh…tak jadilah, kita beli bungkus kemudian
makan kat bilik.”
Malam itu Mel terus
menaiki tangga Blok C1. Dia hampir-hampir tersalah bilik, mujur dia belum masuk
kebilik yang salah itu. Kelibat Kyle di luar bilik menjadikan Mel yakin bahawa
dia sudah menjumpai bilik Kyle.
“awak dari mana berpeluh-peluh ni?” bergetar suara Mel menegur Kyle.
“baru balik dari main Ragbi tadi.” Kyle membalas dengan suara yang termengah-mengah.
“bagi sini awak punya tuala tu.” Kyle terus menghulurkan tualanya. Lantas Mel mengesat peluh Kyle di
kepala yang membasahi bajunya.
“baik gila. Tak pernah kena layan
istimewa macam ni.” Kyle memuji kebaikan Mel.
“saya tak kisah, saya tolong semua
orang.”
“Hey Mel…bila sampai? Mari ikut aku kejap.” Shidi menghampiri Mel
lalu menarik tangan Mel masuk ke dalam biliknya. Mel hanya mengikut saja
langkahan kaki Shidi.
“dengar tau, lusa kami nak buat BBQ untuk
penghuni aras ni. Kau join lah.”
“boleh ke, Kyle tak marah?”
“actually dia dah siap reserve tempat
untuk kau lagi. Sayang betul dia kat kau.”
“betul ni? Ishh, takdelah semua tu.
Siapalah aku ni.”
“ya, tak percaya kau tanyalah dia
sendiri.” Mel terus meningalkan Shidi berseorangan di situ dan terus masuk ke
bilik Kyle.
“Mel, mari duduk sini kat Kyle.”
“kenapa,
ada benda penting ke?” Mel segera melabuhkan punggung di sebelah Kyle dan
tangan Kyle mula melingkari bahu Mel.
“lusa
Kyle dengan budak floor ni nak buat BBQ, Mel join ya?”
“tak
pastilah Kyle.”
“please, Kyle dah reserve makanan untuk
Mel tau.”
“okey, Mel try.”
“Mel, Kyle tak pernah nampak Mel kat blok
C pun. Mel tinggal di blok mana ya?”
“erm…blok C5. Satu blok dengan Abang
Faris.” Tergagap-gagap Mel ingin memberitahu Kyle.
Jika dia tersalah sebut, rancangan dia akan bocor.
“sikit-sikit Pareh, apa yang bagus sangat dengan dia tu?” Kyle mula
meninggi suara dan wajahnya jelas tidak menyukai Faris.
“kenapa tak suka dia?” Mel hairan dengan perubahan nada suara Kyle, mungkin ada yang tidak
kena antara mereka.
“entah apa yang kamu semua nampak dia
bagus sangat pun aku tak tau. Aku tahulah aku saja yang bodoh, tak bagus dimata
semua orang.”
“Kyle, apa yang awak cakap ni? Saya tak
faham. Semua orang kat sini suka awak. Saya pun suka kat awak, awak mudah
dibuat kawan. Jadi saya selesa dengan awak.”
“yelah tu. Cakap dimulut saja. Saya tak suka orang yang menipu tau.”
Mel semakin pelik
dengan kata-kata yang diluahkan dari mulut Kyle. Mel tidak menyangka ada
sedikit perasaan cemburu muncul dihati Kyle terhadap Faris. “Ah, susah macam ni. Nak sebelahkan siapa
ni?” getus hati Mel. Kyle mencapai tualanya lalu menuju ke bilik air untuk
mandi tanpa sedikit pun memandang wajah Mel.
“sabar jelah Mel, dia memang macam tu. Kata dia semuanya betul, kita
sahajalah yang salah.” Shidi muncul di belakang Mel ketika Kyle sudah masuk
di bilik air.
“tak pelah. Aku faham. Aku tak ambil hati pun.”
“aku rasa…kalau kau beritahu dia kau ni
bukan lelaki mesti dia takkan macam tu kan?”
“maksud kau? aku tak fahamlah.”
“kalau dia tau kau bukan lelaki, dia
mesti layan kau baik-baik, tidaklah dia berkasar dengan kau lagi.” Shidi memberi cadangan kepada Mel.
“tak mahulah, aku tak bersedia nak
bagitau dia lagi. Nantilah.”
“suka hati kaulah.” Shidi beredar setelah Kyle muncul dari bilik air. Mel hanya
memerhatikan Kyle berlalu di hadapannya tanpa suara mahupun sedikit pandangan
ke wajah Mel. Keluhan kecil muncul dari mulut Mel. “aku tak fahamlah apa masalah kau ni Kyle, tiba-tiba saja kau marah
aku. Kenapa ya?” Mel berkata sendirian setelah dirinya tidak dilayan.
“Kyle,
kenapa kau marah ya?” akhirnya Mel masuk ke dalam bilik Kyle. Matanya
tertumpu kepada sesuatu. “Alamak, aku
masuk time dia nak pakai seluar lah pula.” Hati Mel berkata sendirian.
Itulah kali pertama dia melihat susuk
tubuh lelaki yang memang dia minat selama ni. Sungguh memikat. Matanya tidak
lepas dari memandang setiap pergerakan Kyle. Soalan yang diajukan terhadap Kyle
tadi hanya mati disitu sahaja, semua gara-gara melihat sesuatu yang dipanggil ‘aurat
lelaki’. Pandangan mata Mel beralih apabila Shidi berdehem di bilik sebelah.
“suka lah kau tengok dia macam tu?” Shidi memerli Mel terus dari
pintu sebelah.
“mana ada, aku tertengok. Tapi dia nampak hot.” Mel berundur dari
bilik Kyle semata-mata untuk bergosip dengan Shidi.
“biasalah, dia kan budak Ragbi. Dia work out lah nak dapat bentuk macam
tu.”
“Mel…”
“ya, Kyle nak apa?” terhegeh-hegeh Mel masuk ke dalam bilik Kyle semula.
“lusa nak ikut Kyle pergi beli barang
untuk BBQ nanti tak?”
“siapa yang ikut? kalau semua budak
lelaki floor ni…Mel taknak lah.”
“la…semua lelaki, nak malu apa? Mel
pun lelaki jugak kan?” telan air liur Mel
ketika Kyle menyebut pekataan ‘lelaki’. Sungguh dia tidak menyangka apa
perasaan Kyle jika dia dapat tau Mel sebenarnya bukan lelaki seperti yahg
dilihat oleh Kyle sekarang.
“tak mengapalah, Mel just tunggu kat
blok. Nanti, kalau nak minta tolong apa-apa Kyle bagitau Mel okey?”
“habis tu, kalau tak nak ikut…Mel nak
buat apa?”
“Mel tunggu kat sini dalam pukul 7
untuk tolong apa yang patut.” Kali ini
suara Mel lebih tinggi dari Kyle.
“mesti nak duduk lepak bermesra-mesra
dengan Abang Faris kesayangan Mel kan?” cara Kyle berkata seperti
acuh-tidak acuh. Mel sudah dapat menangkap perangai Kyle, dia memang suka
mencari gaduh. “Pembikin masalah”.
Bisik hati Mel.
“mana ada, pandai-pandai je Kyle ni.”
“manalah tau, Mel kan suka sangat
menyendeh kat dia. Benci Kyle tengok.”
“suka hati saja kan mengata tanpa usul
periksa, sudahlah.” Mel seperti naik angin dengan tuduhan melulu
Kyle. Mel bingkas keluar dari bilik Kyle dan menghempas pintu dengan kuat. “Kurang ajar punya jantan.” Marah Mel
dalam hati.