Saturday, August 11, 2012

Bahagian 4: Menyamar


Sejak Mel terserempak dengan Kyle di belakang blok tutorial itu menambahkan keinginan hati Mel untuk melihat Kyle dengan lebih dekat. Pelbagai cara telah Mel buat untuk Kyle terserempak dengannya. Ixora akan jadi PA terhormat untuk mengikut apa sahaja kehendak dan arahan dari Mel. 
        
“Abang Faris, dekat Blok C5 tu perempuan tak boleh masuk ya?”

“mana boleh Mel, gila apa Mel nak masuk sana?”
        
“so, cara apa yang Mel boleh buat kalau nak pergi bilik Abang Faris?”
        
“pura-pura jadi budak lelaki, pakai baju lelaki kemudian jalan pun macam lelaki. Orang tak perasan kau perempuan, jadi boleh lah masuk Blok C. ”
        
“ooo…macam tu ya?” Mel bergegas mendapatkan Ixora yang sedang membuat experimen Chromatography. Ditarik-tariknya lab coat Ixora kuat-kuat. Kemudian, Mel menceritakan apa yang dia bincangkan dengan Faris tadi.
        
“kau gila, nak buat apa sampai macam tu?” Ixora separuh menjerit. Cik Haizan selaku pensyarah makmal Biologi dan pelajar lain memandang Mel dan Ixora dengan wajah yang hairan. Terkejut mungkin.
        
“please! Aku nak tengok sangat si Kyle tu, jadi, dengan cara tu  jelah aku boleh buat.”
        
“bahaya lah Mel, kalau kena tangkap macam mana?”
        
“sebab itu Mel tanya abang tadi ya? Sebab Kyle rupanya…” Faris datang dari belakang tanpa Mel sedari. Kini, agenda Mel diketahui oleh Faris.
       
“okey tak apa, abang boleh tolong. Abang tau kat mana bilik si Kyle tu…dekat blok C1.”
       
“Abang please, jangan beritahu orang lain tentang hal ni.” Mel merayu.
       
“boleh, tapi ada satu syarat.”
       
“apa dia? Jangan minta yang bukan-bukan sudah.”
       
“belanja aku makan, boleh?”
       
“hisshh abang ni…ingatkan apa tadi, okey boleh. Lepas habis experimen nanti tau.”
       
“okey…Ixora jangan jeles, Mel nak belanja aku makan.”
       
“eleh…tak batak pun.” Ixora buat-buat seperti menyampah dengan ejekan Faris. 
       
“aku rasakan, benda ni bahaya lah Mel. Nanti jadi macam-macam pula.” Ixora cuba menasihati Mel.
     
“don’t worry, selagi Abang Faris tolong aku, semua gerenti bereslah.”
     
“aku awal-awal lagi dah cakap…kalau apa-apa jadi, aku tak nak tolong kau.” 
      
Ixora segera mengemas peralatan makmal yang mereka guna untuk diperiksa oleh pensyarah mereka. Mel buat-buat dengar tidak dengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Ixora dan terus menghantar baki kertas chromatograph yang mereka guna sebentar tadi. Mel membuka lab coat lalu disimpan di dalam begnya. Dia terus pergi menghala ke Café B. Kelihatan Faris sudah menanti di situ.
      
“so, macam mana nak pergi blok C1 tu?” Mel memulakan cerita.
      
“Mel…” Ixora cuba memintas. Risau benar dia dengan keputusan gila Mel.
      
“ishh…kau diam lah, teruskan Abang Faris.”
      
“Mel, betul ke kau nak pergi sana?” Faris menyoal Mel.
      
“betul lah. Itu saja cara nak jumpa dia.”
     
 “okey..kalau macam tu, malam ni aku bawak kau pergi bilik dia.”
     
 “pukul 8 Mel tunggu abang kat Café C tau.”
      
Akhirnya seperti yang dijanjikan oleh Mel dan Faris, mereka berdua pergi ke blok C1 dan Mel berlagak seperti lelaki dan pakaiannya juga menciri-cirikan lelaki. Pada dasarnya memang Mel tahu semua ini salah dan apa yang telah dinasihatkan oleh Ixora itu betul. Cuma hasrat hati Mel ingin berjumpa dengan Kyle begitu menebal. Jadi, dengan cara ini sahajalah Mel dapat berjumpa dengan lelaki itu.
        
“Khalid…apa khabar, lama kita tak berjumpa?” Abang Faris bertegur sapa dengan rakan semasa di kolej lamanya. 
      
 “kau berlagak sekarang kan? Dah ada Anisah kami pun kau tak pandang.” 
       
“mana ada, kau tu yang berlagak. Budak pandai lah katakan.” 
      
 “siapa yang kau bawa ni?” pertanyaan kawan Faris itu membuatkan Mel jadi resah gelisah.
      
“ooo…nama dia Mel. Budak kelas aku.” 
      
“Pandai Abang Faris back up aku.” Detik hati Mel. Mel segera menghulurkan tangan berjabat tangan dengan Khalid.
      
“Mel, ini roomate aku Shidi, Fadhil and John.” Mel segera berjabat tangan dengan mereka sekali lagi. Tetapi, sesuatu insiden telah berlaku.
     
“betul ke kau ni lelaki?” Shidi meragui Mel.
     
“kalau aku kata kau ni perempuan, betul tak?” Shidi menghentam Mel lagi dengan pernyataan yang boleh membuatkan rancangan Mel hancur. Mel terus menarik lengan baju Shidi dan membawanya ke bawah ampaian baju. Shidi hanya mengikut gerak Mel. 
       
“okey…terus terang aku beriitahu kau yang aku ni perempuan,kau boleh rahsiakan benda ni?” 

Aksi Mel seperti mengugut Shidi diperhatikan oleh Kyle dari pintu bilik sebelah. Apabila Mel menyedari perlakuannya diperhatikan oleh Kyle, Mel berlalu meninggalkan Shidi. Kemudian, Kyle pergi mendapatkan Faris.
       
“Pareh, bila sampai?” suara Kyle lantang menegur Faris.
       
“baru saja…aku nak jumpa Khalid, rindu.”
       
“alah Pareh, kau tak rindu aku ke?” 
      
“tak pun, tapi ada orang lain yang rindu kau…gila punya rindu.” Faris sempat mengerling ke arah Mel apabila mengungkapkan perkataan ‘rindu’ kepada Kyle. Mel cepat-cepat bertindak seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Faris tadi.
       
“Pareh, kau bawa budak comel mana ni?” Kyle memandang wajah Mel lalu bertanya kepada Abang Faris.
       
“itu budak kelas aku.”
       
“kau tak habis-habis bawa anak ikan kau kan?” Kyle bergurau lalu mencucuk pinggang Faris.
      
 “mana ada, kau ni Kyle…nanti aku panggil orang tua, kau marah.” 
       
“mula lah nak cari gaduh. Pukul nanti!” Shidi terus keluar mendapatkan sorang lagi rakan biliknya dan mereka seperti berbisik sesuatu.
        
“Mel, ini roomate si Kyle nama dia Siddiq. Dia duduk bilik sebelah, sama bilik dengan Kyle.” Shidi memperkenalkan Siddiq kepada Mel. Kemudian, Mel menyambung perbincangan dengan Shidi berkenaan hal yang tergendala tadi.
        
“kenapa kau perlu jadi lelaki pula? Aku tidak faham.”
       
 “actually, aku nak dekatkan diri aku dengan lelaki yang aku minat. So, cara inilah yang aku boleh buat. Aku plan benda ni dengan Abang Faris.” Mel menerangkan kisah sebenar.
        
“siapa yang kau minat? Khalid?” Shidi meneka.
        
“yup Khalid, Khalid punya kawan.” Mel berjenaka.
        
“ooo…Kyle, aku da agak dah. Berani kau buat macam ni ya?”
        
“nak buat macam mana, dah suka…sanggup lah buat.”
          
“Pareh, aku sakit badan lah, petang tadi main Ragbi sampai lenguh bahu aku, nak buat macam mana ya?”suara Kyle mematikan perbincangan Mel dan Shidi. Mereka bersurai. Mel meletakkan jari telunjuknya pada bibir supaya Shidi merahsiakan semua itu.
          
“urutlah…suruh siapa-siapa urut ke?”
          
“kau dah ada, kau saja lah yang urutkan aku.”
         
 “mengada-ngada lah kau ni, si Mel ni pandai urut orang. Kau suruh dia urut kau.”
          
“Mel, tolong urut aku.” Kyle meminta bantuan Mel sambil tersenyum. Senyum manja. Itulah yang Mel hendak tengok selama ini.
          
“tak nak lah, tak pandai urut. Suka hati saja Abang Faris ni.”
          
“abang…abang…boleh tak urutkan adik?” Kyle mula berjenaka yang memang membuatkan orang naik menyampah. Tapi bagi Mel, itu sangat lucu.
         
“nak urut ya, ha…rasakan kau.” Abang Faris menarik seluar Kyle sehingga menampakkan punggungnya. Mel cepat-cepat menutup muka. “Oh my God”, sebut mel dalam hati.
         
“bodoh kau Pareh, buka seluar aku. Malu tahu tak!” Kyle segera membetulkan seluarnya yang dilondehkan oleh Faris. Bengang dia. 
       
Plan Mel telah berjaya, tertunailah hasrat Mel untuk melihat Kyle pujaan dia secara dekat dan perangai dia di luar waktu belajar. Sebelum Mel dan Faris bergerak pulang dari blok C1, Mel mengambil peluang bergambar secara bertiga untuk ditunjukkan kepada Ixora sebagai bukti Mel sudah berjaya. Semasa Mel berjalan dibelakang Faris, Mel sempat memandang Kyle dan tidak disangka-sangka Kyle mengenyitkan mata kepadanya. Itu yang membuatkan hati Mel berbunga-bunga.
     
 “sukalah dapat jumpa dia?” Faris bertanya selepas mereka menuruni tangga blok C1. 
      
“suka.”
      
“hai, pelik aku dengan kau ni Mel. Sampai macam ni kau nak tackel dia?”
      
“nak pergi tackel dia depan-depan segan pula.”
      
“tengok sini gambar yang kau ambil tadi.” Mel segera mengeluarkan handphone miliknya lalu ditunjukkan gambar yang sempat Mel ambil.
      
“gila lah…jambunya rupa kau Mel, dah macam pondan aku tengok.” Gurau Faris.
      
“abang ni…jahat tau.” Mereka bersurai di depan perpustakaan KMM.

No comments:

Post a Comment