Suasana di hadapan bangunan Hal Ehwal Pelajar
begitu riuh sekali dengan suara pelajar-pelajar yang melihat keputusan Ujian
Peperiksaan Semester 1. Ada yang menjerit kerana mendapat pointer yang baik dan ada yang menangis kerana kecundang untuk pertama
kali. Mel, Ixora, Rafeeqa, Hannah dan Bella bergasak-gasak dengan
pelajar-pelajar yang bertolak-tolakan untuk melihat keputusan di papan
kenyataan itu.
“nervous
lah nak tengok result, tak payah tengok lah.” Ixora cuba berdalih dari
melihat keputusan yang jelas terpampang di papan kenyataan HEP itu.
“kau
ni, tadi kau juga yang ajak tengok kan, sekarang kau pula nak lari.”.
“tak
delah Pika, nanti result aku teruk, mesti kamu semua gelakkan aku kan?”
Ixora cuba membuat muka kesiannya di hadapan rakan-rakannya yang lain.
“so
now, it’s show time!” Mel mula mengambil langkah ke hadapan lalu menolak
pelajar-pelajar yang lain. Kini, mereka berempat sudah berada di hadapan papan
kenyataan. Mel terkial-kial mencari namanya.
“mana
nama kita semua, mereka letak ikut kelas ke ikut angka giliran?”
“ini
dia, mereka letak ikut kelas, kemudian ikut angka giliran.” Bella bersuara.
“nama
aku yang ketiga terakhirlah, then my result…”.
“ya Allah! Math aku fail!” Mel seakan-akan
meraung.
“yes,
pointer aku selamat.” Bella dan Hannah saling menepuk tangan sesama
sendiri. Ixora dan Rafeeqa masih berlagak tenang. Cuma Mel yang bersifat
seperti orang yang sudah hilang arah.
“tenanglah
Mel, ni baru ujian pertama, peperiksaan akhir 1 belum tau lagi.” Rafeeqa
cuba memujuk.
“bukan
apa, akusedih. Penat study ini yang dapat.”
“berapa
pointer kau?”
Ixora cuba bertanya.
“just 1.37
je!”
suara Mel seperti budak kecil yang malu-malu untuk berkata-kata.
“1.37 je?
padan muka kau, siapa suruh kau banyak main?”
Ixora tanpa mengerti perasaan Mel yang
sedih kecewa terus menyalahkan dan mengejek Mel. Mel seperti ingin menangis
ketika itu, tetapi jiwa cekal Mel terus membuatkan dia tenang sepanjang masa.
Mereka terus berlalu dari kawasan tersebut. Mel merasakan kawasan tersebut
seperti berhantu untuk dia kembali melihat semula keputusan ujiannya. Café B
masih dipenuhi pelajar-pelajar yang duduk makan disitu. Mel terus duduk di meja
yang sudah menjadi tempat rasmi mereka semua. Kelihatan Faris berjalan bersama
Anisah. Wajah mereka gembira, “dapat
pointer bagus kot!” teka Mel dalam hati.
“result
macam mana, okey?” Anisah melabuhkan punggung lalu melihat satu persatu
wajah juniornya.
“kenapa
ni Mel, pointer okey tak?”
“teruk,
sedih sangat..”
“yelah, teruk
tu berapa?” Anisah
masih berusaha ingin tahu.
“sayang,
dah…jangan tanya dia lagi.” Faris bersuara untuk menghentikan pertanyaan Anisah.
Memang itu cara Faris untuk memujuk hati Mel. Dia akan cari masa dan tempat
untuk Mel mengadu perasaan kepadanya. Faris memang seorang yang prihatin.
“biarlah
pasal result tu, tak nak ingat lagi.”
“Mel, aku
dengar cerita…si Pijot tu dapat pointer tinggi. Aku dengar dia dapat 3.7 ke apa entah, pandai juga dia tu…kau
tak jealous ke?”
Ixora memulakan cerita selepas semua berdiam diri seketika.
“lantak lah
dia, jangan sampai dia ambil laki aku sudah!”
Mata Mel tertumpu kepada seseorang.
Tak duduk diam Mel dibuatnya. Segera Mel menepuk-nepuk paha Ixora untuk memberi
signal bahawa lelaki idaman Mel sudah tiba. Tindakan Mel itu membuatkan Faris
turut melihat apa yang Mel sedang lihat.
“kenapa
asyik pandang si Kyle tu, suka lah tu…mentang-mentang lah kacak.” Faris cuba berjenaka.
Mel mencebikkan mukanya sebagai signal marah kepada Faris.
“mana ada, Mel pandang jelah.”
“Kyle, sini
sekejap!” Faris
memanggil Kyle dan melambaikan tangan. Sejurus itu, Kyle terus menghampiri meja
yang diduduki Mel. Mel cepat-cepat memperbetulkan duduknya.
“hello
Pareh, bersama-sama dengan adik kesayangan nampak? dah tengok result ke?”
“dah, teruk
lah jugak! Kau dapat berapa?”
“mana boleh
beritahu, rahsia la, okey lah Pareh…aku nak beli makanan dulu ya?” Kyle berlalu dan
matanya masih tertumpu pada Mel, hilang arah Mel sebentar.
“amboi, suka
dia tengok abang hensem ya?”
“abang ni, mana ada. Tolong sikit, dia tu
muka poyo.”
“poyo poyo pun nanti kau minat..nanti abang
kenalkan kau dengan dia ya.”
Tutorial Biologi bersama Encik Ahmad
membuatkan Mel menjadi bosan. Petang-petang sebegini kalau dapat bantal dan
selimut memang indah. Mel menconteng meja makmal biologi dengan pensel
mekanikalnya. Tiba-tiba Mel mendapat ilham.
“Ixora,
nama mamat tu Kyle…nama penuh Kyle Allele.”
“so, apa
kena mengena nama dia tu?”
“Allele tu
sama macam terminology dalam tajuk Genetics semester depan. So, aku nak
gabungkan nama dia jadi Kyle Allele Schwann Lingerhans.” Mel berlagak seperti
seorang Professor sambil menghisap hujung pensel mekanikalnya.
“merepeklah
kau ni. Ada-ada saja kau kan? Aku rasa kau dah gila bayang dekat mamat tu lah. Entah
apa ubat yang dia dah bagi kau makan sampai kau jadi macam ni pun aku tak tau.”
Ixora cepat-cepat mematikan perbualan
apabila suara Encik Ahmad menjadi kuat sebagai tanda bahawa dia sedang bercakap
di hadapan. Mel kembali melihat buku tutorialnya dan menghias nama yang dia
cipta di hadapan Ixora tadi. Mel tersengeh-sengeh sambil memerhatikan nama
tersebut.
“pelajar
yang dibelakang tu, kalau saya bercakap dekat depan jangan buat kerja lain ya, nanti
saya suruh awak berdiri dekat luar.” Suara Encik Ahmad mengejutkan Mel.
“sibuk jelah
cikgu ni, orang nak feeling pun terbantut.” Ngomel Mel sendirian.
“Untuk
peperiksaan akhir 1 yang tak lama lagi ni…saya nak kamu semua buat past year
questions tau. Dari situ kamu akan tahu struktur soalannya macam mana. Nanti
kita semak jawapan bersama-sama, faham?”
“yelah..apa-apa
sajalah Encik Ahmad oii…bila lah nak habis kelas dengan dia ni?”
“kenapa
Mel, Mel nak pergi mana?” pertanyaan Faris mengalihkan pandangan Mel ke
arahnya.
“tak
adalah…Mel nak balik bilik lah.”
“nanti malam
kita jumpa dekat depan library tau.”
“Abang tak
bawa Kak Nisah sekali ke malam nanti?”
“tak pasti
lagi, dia ada mesyuarat dekat bilik JPP malam nanti. Depends on her decision .”
“oh…I see,
apa-apa nanti abang inform Mel tau? Mel ajak Ixora sekali.”
“ok,
insyaallah.” Mel
dan Faris terus berkemas apabila Encik Ahmad memberi kebenaran untuk keluar
dari makmal Biologi tersebut.
“alamak,
mamat tu ada di sini lah.” Mel menarik tangan Ixora apabila menyedari Kyle
juga berada di hadapan perpustakaan bersama rakan sekelasnya.
“alah…buat
bodoh sudah lah. Kita tak boleh lama-lama di sini, aku tak praktis speaking untuk MUET ni. Nanti apa pulak kata
Sir Yeoh.”
“segan
lah nak duduk situ, dah la Abang Faris pilih meja dekat dengan dia pulak tu.”
“jangan
menggedik boleh tak? Duduk jelah.” Mel duduk bersebelahan Faris supaya Kyle
tidak boleh melihatnya secara terus dari mejanya. Segan-silu Mel dibuatnya.
“Abang, kami
tak boleh lama di sini, Ixora kata dia nak praktis MUET speaking dia. jadi,
dalam pukul 10 malam kami chow dulu lah.”
“okey, no hal.”
Faris meneruskan tutorial Matematiknya
tanpa menoleh kiri dan kanan. Mel memang tahu, Faris pandai dalam matematik,
cuma Mel sahaja yang berlagak bodoh tidak mahu merujuk kepada Faris jikalau Mel
tidak faham dalam subjek itu. Kini, jam sudah menunjukkan jam 9.30 malam, satu
soalan tutorial pun Mel belum dapat jawab.
“kenapa Mel, dah siap ke soalan tu?” Faris
memandang wajah Mel, lalu dia menarik sedikit buku tutorial Mel ke arahnya.
“belum lagi…
Mel tak faham lah macam mana nak buat soalan differentiation ni, benci betul
Mel dengan subjek Math ni tau.”
“cuba sampai dapat…abang tau kau boleh buat
Mel. Mana yang tak faham tu?”
“ni ha…
. Kalau kita differentiate tu
dapat apa?”
“yang itu…kuasa dua tu kalau differentiate bawa ke depan
kemudian darab dengan nombor depan tu, nilai kuasa yang tadi tu akan berkurang
satu. Dapat?”
begitu panjang penerangan Faris, memang ada ciri-ciri seorang guru.
“so,
jawapannya akan jadi
lah?”
“ha…betul
tu.” Mel begitu asyik sekali apabila berjaya menjawab soalan tersebut
sambil bertepuk tangan. Mel lupa bahawa Kyle yang berada di sebelah kanannya
memerhatikan gelagatnya. Kyle kemudiannya terus bergerak pergi dari perkarangan
perpustakaan.
“kau
buat macam tadi tu…si Kyle tengok tau tak?” Ixora memberi amaran kepada
Mel.
“betul ke?
Alamak, aku lupa lah…dia pandang aku macam mana…Menyampah ke?”
“dia tergelak bila tengok kau tepuk tangan
macam budak terencat akal.”
“kurang ajar
kau.”
Mel menendang kaki Ixora dengan kuat hingga Ixora mengaduh kesakitan.
“Abang, kami nak balik dulu lah, dah lewat
ni.”
“okey, balik
elok-elok…esok kita jumpa dekat makmal bio ya?”
“Mel, pandai
kau ya…kau nampak si Kyle tu dah gerak balik, kau pun nak balik juga kan?
kesian kat Abang Faris tu.”
“aku
nak skodeng mamat tulah sebelum kita balik bilik.” Mel mula melencong ke
arah lain, bukan menghala ke arah blok kediamannya. Semasa melintasi blok
tutorial 2, Mel terserempak dengan Kyle yang sedang menghisap rokok bersama rakan-rakannya. Tiba-tiba Kyle
menyanyi.
♪ oh bulan…enggan melayan diriku
lagi…
Pabila…air mata membasahi pipi…
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah
memerli aku…
Pabila…kau bersama yang lain…
Adakah perasaan benci ini sebenarnya
cinta…
Yang masih…bersemadi untukmu…
Dan sebenarnya ku mengharapkan…disebalik
senyumanmu itu…
Kau juga…merindui aku… ♪
“sudah, laki kau tu dah mabuk apa menyanyi
seorang diri di situ?” Ixora memintas keasyikan Mel mendengar Kyle menyanyi.
“wah…romantiknya dia, siap nyanyi lagi. Mesti untuk aku.”
“kau ni perasan jelah, dah jom gerak…jangan
dilayan semua tu…nanti mereka tu rogol kau ramai-ramai baru tau.”
“buatlah kalau berani…” bilik Mel setinggi empat
tingkat tidak terasa penat setelah mendengar suara Kyle yang menyanyi di bawah
tadi. Mel terasa seperti dipukau.
“Mel, hey…dengar tak aku panggil ni?”
“kau ni kenapa? Macam kena pukau dengan
jin saja…ko jangan, aku tinggalkan kau seorang…biar mati kering di sini.”
“Ixora, kacaknya dia… rasa macam nak kahwin
dengan dia.”
No comments:
Post a Comment