Tuesday, February 21, 2012

Bahagian 1: Pertemuan


Kisah Mel bercinta separuh jalan dengan seseorang di sebuah kolej di Melaka masih segar diingatan. Walaupun kini dia sudah berjaya menjejakkan kaki ke universiti ingatannya kepada lelaki idamannya di kolej dulu membuatkan Mel sedih mengenangkan kisah lama yang dianggap berair mata itu. Bermula dari saat Mel berkenalan dengannya hinggalah Mel ditinggalkan saat peperiksaan akhir kian tiba.

"Ixora, temankan aku pergi Café B sekejap!" Mel mula memujuk Ixora.

"kau nak buat apa pergi sana?, kita ada tutor kimia pukul 11 nanti". Ixora cuba berdalih.

"please Ixora, aku tak tahan rindu nak tengok mamat Parish from London tu," Mel masih berusaha memujuk.
                     
"kau pergi tengok sendirilah, kau ajaklah si Rafeeqa ke?"
                       
"segan aku kalau Pika tau. Tak mahulah, baiklah aku pergi sendiri, nanti apa-apa berita aku tak nak bagitau!" Mel terus meninggalkan Ixora di hadapan perpustakaan tanpa memalingkan mukanya lagi. Marah benar.
                        
Setibanya Mel di Café B, kelihatan jejaka idamannya sedang beratur untuk mengambil makanan pagi bersama rakan-rakannya yang lain. Mel berpura-pura beratur untuk mengambil makanan agar dapat melihat muka jejaka tersebut. Akan tetapi, kerana keasyikannya memerhatikan lelaki tersebut, makanannya tumpah berteraburan di atas lantai. Mel menjerit kecil diikuti pelajar yang lain.
                        
"tangan ada tiga ke?" lelaki tersebut bersuara mengejek Mel. Kelam-kabut Mel mengangkat semula pinggan yang berada diatas lantai.
                          
"kasihan cik adik tu, boyfriend tak tolong ke?" lelaki tersebut terus bersuara.
                         
"hey, jangan kecoh-kecoh boleh tak? kutuk orang pandai, kalau tolong okey juga!" Mel bersuara lantang memarahi suara lelaki yang mentertawakan dia.
                         
"yalah cik adik, abang tolong." lelaki itu terus menghampiri Mel dan berpura-pura menghulurkan tangan. Jelas, mukanya sangat ikhlas.
                         
"tak payah, thanks!" Mel cuba menyembunyikan perasaan terharunya. Mel meletakkan semula pinggan yang kotor tadi di dalam besen yang disediakan dan terus bergegas ke kelas tutorialnya. Insiden tadi sangat memalukan. Kelihatan Ixora dan Bella Luna bersembang dibalik pintu kelas. Mel menjerkah mereka dengan kuat. Bella melatah dengan kuatnya. Ixora tergelak dengan latahan spontan Bella itu.
                      
"aku dah jumpa mamat Parish tu.."
                      
"so? kau buat apa dengan dia?"
                      
"spoil sikitlah..dia kutuk aku kaw-kaw punya" Mel mencebikkan bibirnya.
                      
"apa? dia buat apa pada kau?" ada sedikit cemas diwajah Ixora dan Bella.
                        
"makanan aku tumpah masa aku tengah sibuk tenung muka dia,terus dia dengan kawan-kawan dia ejek aku, sakit betul hati aku ni."
                     
"kau kan suka dia, takkan dah benci kot?"
                       
"tidaklah, makin suka. Tak sangka kacak juga dia tu!" Mel mula bertindak ganjil dihadapan rakan kelasnya yang lain. Puan Adzliena berdehem memberi tanda bahawa dia berada di dalam kelas. Terus Mel mematikan perbuatannya yang dilihat oleh pensyarah. Mel tersipu-sipu malu mengenangkan peristiwa tadi, perubahan wajah Mel disedari pensyarahnya.
                        
"Mel, tolong buat kat papan putih jawapan nombor 3 tu.." arah Puan Adzliena dengan lantang.
                     
"ya, puan!"
                       
"entah yang mana kamu jawab pun saya tak tahulah. Itu bukan soalan nombor 4 ke" Puan Adzliena mula meradang. Mel jadi kelam-kabut.
                      
"tadi masa saya bagi jawapan didepan, awak tersengih-sengih dibelakang tu..."
                      
"emm...nombor 3 ya puan? Sekejap." Mel resah gelisah. Sebenarnya dia tidak menjawab soalan nombor 3 itu kerana tidak faham jalan kira untuk mengira molarity.
                      
"sudah! tidak mengapa, berdiri sajalah kamu." Puan Adzliena menghampiri Mel dan mengambil marker pen yang berada ditangan Mel. Kebetulan, lelaki idaman Mel melintasi kelas Mel. Mungkin sudah habis kelas agaknya, fikir Mel. Wajah hairan lelaki tersebut apabila melihat Mel berdiri keseorangan di dalam tutorial itu membuatkan Mel jadi segan. Mel terus duduk.
                        
"siapa bagi arahan suruh awak duduk?" Puan Adzliena menegur Mel.
                        
"maaf puan, saya dah lenguh kaki la."
                           
"itulah, dalam kelas saya jangan khayal, okey? ujian pertengahan semester dah tak lama lagi tau?"
                        
"ya puan, saya minta maaf'."
                          
"jadi, kamu semua jangan lupa buat semua tutorial yang saya beri." kata Puan Adzliena kepada pelajar-pelajarnya.
                          
Semua pelajar kelas bergegas mengemaskan peralatan tulis mereka dan bersiap sedia untuk ke kelas seterusnya. Mel masih terpinga-pinga sejak lelaki yang melintasi kelasnya tadi melihat segala kesilapannya di dalam kelas tutorial itu. Ixora tanpa berlengah lagi terus berlalu keluar untuk ke Dewan Kuliah Matematik. Mel berlari-lari anak mengekori Ixora yang berjalan pantas meninggalkannya.

Dia juga bingung mengapa Ixora bertindak sedemikian. Adakah Mel melakukan kesalahan besar? Ixora tidak pernah berbuat begini selama mereka berkawan. Setibanya Mel di dalam Dewan Kuliah, kelihatan Ixora duduk dibahagian depan yang jaraknya tidak jauh dari tempat Encik Hamzan pensyarah matematik mereka memberikan kuliah. Mel mematikan langkah untuk duduk dihadapan bersama dengan Ixora. Mel sudah dapat mengagak apa akan terjadi jika dia duduk di hadapan Encik Hamzan, tentu Mel akan menjadi buruan untuk menjawab soalan. Kemudian apa yang dijawab semuanya tidak betul. "Pelik aku" kata Mel sendirian.
                         
"kenapa cakap seorang diri, gila ke apa?" teguran Tajuddin mematikan lamunan Mel.
                         
"tidaklah, aku tengah fikir sama ada aku nak duduk depan dengan Ixora ke tak"
                        
 "pergi sajalah, bukan mati pun." Tajuddin memerli Mel sambil ketawa sinis.
                         
Sakit hati Mel angkara kata-kata Tajuddin tadi membuatkan Mel terus duduk dibarisan kedua selepas Ixora. Ada perasaan kurang selesa apabila duduk disitu kerana Azwan seorang pelajar yang kurang kawan dan sangat membosankan membuatkan Mel malas untuk melayannya. Encik Hamzan masuk di dalam Dewan Kuliah dan meneruskan kuliahnya. Mel masih berkhayal mengenangkan wajah lelaki kacak melintasi kelasnya. Tiba-tiba Encik Hamzan menyebut nama Mel.
                         
"Mel, boleh kamu bagi jawapan bagi soalan yang ada di slide hadapan ni?"
                          
"emm....yang mana Encik Ham.." tergagap-gagap Mel menyebut nama pensyarahnya.
                          
"(X-2)(X+6).. the answer for X is what?" Encik Hamzan membantunya sedikit.
                          
"X is equal to 2". kelam-kabut Mel memberi jawapan. Tapi, pelajar-pelajar lain sibuk menyebut bermacam-macam jawapan yang agak mengelirukan Mel.
                          
"the answer for another X?" secara spontan Faris dibelakangnya menyebut X equal to 2 and -3.
                         
"emm...X are equal to 2 and -3." terus semua pelajar bersuara memberikan jawapan yang sebenarnya.
                         
"Mel, kamu ni mengigau ke, soalan senang macam ni pun tak boleh jawab? saya rasa budak darjah 3 pun mampu jawab, apatah lagi bayi dalam kandungan."
                         
"sorry, X are equal to 2 and -6" Mel menjawab sambil memandang wajah Faris. Jelas Faris mengatakan sesuatu.
                        
"Mel, sorry aku memang tak nampak soalan tu." Faris merupakan senior dalam kelasnya, dan menjadi abang angkat Mel.
                        
"abang ni, malu Mel tau." kelas Matematik yang berlangsung selama satu jam itu tamat pada pukul 1 tengah hari. Kini tibalah masa untuk Mel menghendap lelaki idamannya. Mel melangkah keluar dan terus menghala ke Café B. Mel tahu lelaki itu selalu menikmati makanan tengah hari disana.
                     
"jadi kau nak pergi sanalah?" Ixora bersuara.
                   
 "Ixora, tadi bukan punya berlagak kau tak nak bercakap dengan aku?"
                     
"bukan apa, aku tak nak kacau kau tengah dilamun cinta dengan mamat tulah."
                   
"mana ada sampai macam tu."
                  
 "jadi sekarang kau nak pergi Café B tu sebab nak tengok dia kan?"
                    
"tengok saja, bukan apa-apa pun." apabila selesai Mel dan Ixora membeli makanan mereka, Mel mengambil peluang untuk melihat lelaki tersebut dengan cara duduk ditempat makan yang lebih dekat. Mel duduk membelakangi lelaki itu dan Ixora makan menghadap lelaki idaman Mel.
                  
"aku tengok mamat tu agak kacaklah juga."
                   
 "tahu pun, itu yang aku minat, Mr Parish from London." Mel berlagak seakan-akan diawangan apabila menyebut perkataan tersebut.
                     
"kau jangan gedik sangat, nanti dia perasan."
                     
“apa kata kau tolong aku ambil gambar dia secara curi nak?"
                      
"kau gila, nanti dia nampak macam mana? Mel terus mengeluarkan handphone miliknya lalu disuakan kepada Ixora. Teragak-agak Ixora hendak mengambilnya. Mel terus membuat muka seperti memberi arahan kepada Ixora. Ixora segera mengambil gambar lelaki tersebut secara rahsia tetapi profesional.
                   
 "sudah, nah ambil la kau punya mamat tu."
                      
"wah..kacaknya. Thanks Ixora." 

Bermula dari saat itulah Mel seakan-akan gila meminati lelaki tersebut sehinggakan berusaha mencari jalan agar dapat melihat wajah lelaki itu setiap masa. Ixora sekadar menjadi peneman Mel melakukan perbuatan yang dianggap sia-sia dalam hidupnya. Kini Mel dan Ixora seumpama belangkas, belangkas versi rakan baik. Selalu kemana sahaja baik semasa belajar mahupun waktu lapang. Blok B1 kecoh dengan suara Mel yang menjerit kerana gila melihat gambar curi lelaki yang dia minati di dalam handphone miliknya. Segala kerja Mel tergendala kerana Mel sibuk melihat gambar tersebut.  

No comments:

Post a Comment