Tuesday, February 21, 2012

Prolog: Ingatanku Kepadanya



Aku suka melihat pandangan mata dia. Dia jujur dan tidak sekalipun membezakan aku dengan sesiapa. Sejak bulan Oktober dulu dia mengenali aku, itupun rakan serumahku yang menemukan kami. Sudah empat bulan aku buangkan semua rasa sakit dan luka terhadap Kyle. Tiba-tiba aku teringatkan dia, apa khabar dia ketika ini? Bahagiakah dia bersama si dia?
      “Mel, kalau kat tempat ni kita berlagak seperti biasa-biasa sajalah. I segan sikitlah.” Terkaku sebentar dengan kata-kata yang keluar dan mulut Malique setibanya kami di sebuah pasaraya.
         “Kenapa mesti macam tu pula?” Berkerut dahiku memahamkan apa yang diperkatakan Malique.
          “Sorry kalau I kata yang I masih belum dapat sesuaikan diri dengan you. Cuma I minta berikan I masa.” Malique seperti acuh tidak acuh.
       “Kenapa you rasa macam tu pula? Sebelum ni masa kita berkenalan you tak sama macam mana I fikirkan.” Mel mula meragui Malique.
        Takut rasanya jika hubungan aku dengan Malique berulang seperti tahun lepas. Aku berkorban, aku menahan perasaan, aku biarkan jiwa aku terseksa dan aku lihat sahaja kecurangan di hadapan mata aku. Aku menjadi mangsa keadaan dan mangsa hawa nafsu manusia. Cuma apa yang aku harapkan hubungan aku dengan Malique kali ini dapat membuang semua kenangan manis dan pahit aku dengan seorang lelaki yang pernah aku cintai sepenuh hati.
         “Dulu masa kita berkenalan, you pernah ceritakan kepada I tentang boyfriend lama you, Kyle. Dia macam mana sekarang?” Mel tersentak dengan pertanyaan Malique.
        “Kyle? kenapa you nak tahu? I dah lama tak contact dengan dia. I rasa dia dah bahagia dengan insan yang dia sayang. I tak nak tahu apa-apa tentang dia.” Pembohongan yang sangat mengguris jiwa. Mel hanya ingin menyedapkan perasaan yang dihurung seribu pertanyaan dan teka teki.
          “You masih sayangkan dia? Tak cuba untuk mendapatkannya semula? Mesti you rasa sedih dan tertekan setelah dia tinggalkan you.”
         “Jawapan untuk semua itu adalah ya, by the way, you tak marah ke nak tahu semua kisah lama I?” Mel merenung lama wajah Malique, Malique hanya melemparkan pendangan yang jauh. Lantas Mel melentokkan kepalanya ke bahu Malique. Pelbagai persoalan mula bermain difikiran Mel dan ketika itu juga Kyle muncul dari ingatan.

No comments:

Post a Comment