Thursday, February 23, 2012

Bahagian 2: Aku Kenali Dia Sebagai Kyle

“kelas English dibatalkan!” Hannah selaku penolong praktikum memaklumkan kepada seluruh anak buahnya. Memang itu tugasnya untuk membantu Chai Meaw Han selaku ketua praktikum yang begitu sibuk ke hulu ke hilir mendapatkan informasi kelas dari pensyarah-pensyarah.
        
“yes, bagus. Ixora jom kita pergi library?”

“nak buat apa, takkan la kau nak tengok dia lagi kot?"
        
“jomlah, tak sayang aku ke? Okey, kita ajak Bella dengan Rafeeqa nak?"
        
“whatever…” Ixora meluat dengan gaya Mel yang kemaruk sangat dengan agenda Mel untuk melihat lelaki yang sememangnya Mel mahupun Ixora tidak kenal.
        
Perkarangan perpustakkan begitu sesak dengan pelajar yang duduk menelaah pelajaran dan juga kumpulan belajar. Mel tertinjau-tinjau untuk memastikan lelaki yang dia minati itu turut berada di dalam perpustakaan. Rafeeqa dan Bella hairan melihat telatah Mel yang mendongak seperti mencari seseorang.
       
“kau cari mamat tu ke?” Rafeeqa cuba meneka tindakan Mel yang tertinjau-tinjau mencari sesuatu.
       
“mana kau tau? ya, aku tengah cari dia.”
       
“dalam kelas hari tu kau sebut tentang dia, aku terdengar. Kemudian Bella ada beritahu aku.”
       
“Pika, dia kacak kan?”
       
“boleh la, kacak lah juga.” Akhirnya kelibat lelaki yang diminati Mel muncul di balik rak-rak buku Biologi. Mel cuba berlagak tenang apabila lelaki itu melintasi dia dan secara tidak sengaja lelaki itu memandang tepat pada wajah Mel.
       
“oh my God, dia pandang aku!”
       
“pergilah peluk cium mamat tu.” Ixora sekadar acuh tak acuh.
       
“kau ni, support la sikit. Ini tidak, kutuk je.” Mel mula menunjukkan reaksi ingin merajuk.
       
“aku rasa mamat tu budak sains hayat la.” Rafeeqa memujuk Mel sambil menyelak halaman buku tutorial Biologinya. Sebagai pelajar kolej, kerja yang diberikan pensyarah begitu banyak sehinggakan tidak habis semuanya dia jawab.
      
“maksud kau?”
      
“tak nampak ke tadi dia pergi kat rak buku biologi dan dia ambil buku Campbell?”
      
“ya, betullah. Jadi dia budak hayat la. Dia praktikum mana agaknya?”
      
“aku rasa dia Hayat 1 atau Hayat 2.” Ixora bersuara.
      
“mana kau tahu? kau kan anti aku minat mamat tu. Sejak bila kau ambil tahu?”
      
“amboi, mulut kau! Aku tahu sebab aku selalu nampak dia masuk Dewan Kuliah 1.” Ixora mencubit pipi Mel sehingga merah. Tidak dinafikan, semasa Mel dan Ixora bergurau, lelaki tersebut sempat memandang telatah Mel yang seakan-akan budak kecil bergaduh sesama sendiri. Dari situ, Mel perasan lelaki tersebut melihatnya dan memberikan sedikit senyuman kepadanya. “kacaknya dia” bisik hati Mel.
       
“makmal biologi kita pukul berapa?” suara Mel agak kuat menyebabkan pelajar-pelajar lain yang sedang menelaah pelajaran memandangnya serentak.
      
“pukul 11 di Makmal 9” jawab Bella pendek.                 
      
“apakata, kita pergi makan dulu di Café kemudian kita terus pergi makmal?”
      
“katalah kau nak tengok mamat tu kan?” kata Bella, Ixora dan Rafeeqa serentak.
      
“janganlah hukum aku macam ni.”
      
“kami tahulah mamat tu baru saja keluar dari library ni.” Ixora mencuit bahu Mel. Mel tersipu-sipu malu. Mereka terus mengemas peralatan tulis dan bergerak keluar dari perpustakaan.
      
Langkahan Mel terhenti apabila lelaki idamannya berada dihadapan sambil bersembang dengan seseorang yang Mel cukup kenal. “Abang Faris kenal ke mamat tu?” bisik hati Mel. Tanpa berfikir panjang Mel terus menghampiri kedua-kedua lelaki tersebut. Mel berdiri di hadapan Faris.
      
“abang, jom teman Mel makan.” Mel sengaja menyebut namanya kuat-kuat agar dapat didengari lelaki tersebut.
      
“kejap lagi ya Mel, abang tengah tunggu Kak Nisah kau. Dia pergi jumpe Encik Khai.” Encik Khai merupakan Pengarah HEP di kolej mereka yang begitu disanjungi anak didik kolej. Akan tetapi, Faris memang mencemburui Encik Khai kerana berpendapat bahawa Encik Khai hendak merampas kekasih hatinya. Lawak sungguh, cemburu Faris tidak bertempat.
     
“wah Pareh, kau sudah ada adik angkat nampaknya!” lelaki itu bersuara.
      
“dia budak kelas aku, kenapa kau nak Mel ni ke?” Faris cuba mengenakan lelaki tersebut. Berderau darah Mel apabila Faris mengaitkan nama Mel di hadapan lelaki tersebut.
      
“abang, Mel pergi dengan mereka yang lain lah.” Lantas Mel berlalu pergi bersama rakan-rakannya yang lain. Berdebar-debar hati Mel.
      
“okey, nanti jumpa di makmal lah.” Faris memujuk sambil memegang tangan Mel.
      
“Pareh, sayang betul kau kat adik angkat. Abang Pareh…abang Pareh…manja lah konon dengan adik.” Suara lelaki itu menyakat Faris masih kedengaran.
      
“seronok tak Mel, dapat jumpa Prince Charming kau?” Mel pula disakat oleh rakan-rakannya yang lain.
      
“jangan lah, segan aku. Yang penting, bahagianya!” itulah perkara yang indah  berada di kolej. Segala yang gembira pasti dikongsi bersama. Itulah nilai sahabat yang Mel tidak dapat lupakan, meskipun perangainya seperti budak sekolah menengah, tetapi itu cukup membuatkan hatinya gembira.
      
“aku cukup menyampah dengan budak tu…konon-konon dia hot lah tu” Mel begitu tidak menyukai Pijot yang dilabelkan sebagai diva ‘adik-adik’ kolej yang dikenali ramai.
      
“kenapa kau nak benci dia? Tak baik tau.” Rafeeqa cuba menasihati Mel.
      
“tidaklah, dia kalau pandang aku suka menjeling, ingat dia tu hot sangat ke?”
      
“hot la juga.” Ixora cuba menyakitkan hati Mel. Memang dengan cara ini dapat menguji kesabaran Mel. Dan dengan cara inilah Mel dan Ixora bergaduh manja. Saling menyakiti hati masing-masing.
      
“kau saja nak bagi aku angin kan?” Mel mula marah.
      
“bergurau pun nak angin? Gedik!” Ixora cuba memarakkan api Mel.
      
“dah tau aku memang tak suka dia, kau defend dia pula.”
      
“nanti dia ambil Prince Charming kau baru kau tau.”
      
“cis, celaka kau Ixora, mulut longkang! Takkan lah dia nak ambil, prince aku tu lelaki dan Pijot tu pun lelaki. Songsang lah sayang oii! Sakit hati Mel apabila lelaki idamannya dikaitkan dalam pertelingkahan mereka berdua.
      
“sorry Mel, abang lambat.” Faris datang dari belakang dan terus duduk disisi Mel.
      
“tadi kata tak dapat nak join?”
      
“Kak Nisah kau sibuk sangat dengan Encik Khai kesayangan dia tu, menyampah abang. Biarlah dia. Abang nak putus hubungan dengan dia. Biar dia ambil Encik Khai jadi laki dia.”
        
“kenapa pula ni? Asyik nak gaduh saja, cuba cool sikit.”
         
Begitulah selalu perangai Faris, cemburukan Anisah tanpa sebab. Kemudiannya Mel lah jadi tempat rujukan dia untuk mengadu perasaan. Terpaksa Mel selesaikan.
        
“abang janganlah ikut perasaan sangat. Orang bercinta memang diuji begitu. Tanya Bella kalau tak percaya.”  Mel cuba memujuk hati orang bercinta itu agar tenang melalui dunia cinta. Tidak pasti cinta yang sebegini masih dianggap cinta monyet atau tidak.
        
“dia tu suka abaikan abang, sibuk sangat dengan Encik Khai tu, abang ni jadi orang bodoh depan dia. Tau lah dia tu Naib Pengerusi JPP, tapi takkan lah busy kalah Pengerusi kot?” Faris merungut menyalahkan Anisah yang seperti sudah tidak mencintainya lagi. Sungguh rumit orang bercinta ini.
       
“okey, nanti Mel bincang dengan akak pasal hal ni tau. Abang jangan risau.”
       
“try tau Mel, abang malas dah nak cakap dengan dia tu.”
        
“abang, Mel nak tanya sesuatu boleh?” Mel seperti takut-takut untuk bertanya.
       
“tanya apa saja adikku.” Begitu manja jawapan Faris.
       
“tadi di depan library abang bersembang dengan siapa?”
       
“kenapa, Mel minat dengan dia ke? Wah, tak sangka abang.” Faris cuba mengenakan Mel dan menyebabkan Mel tergagap-gagap untuk menjawab soalan Faris.
      
“mana ada, Mel tanya saja. Siapa dia?
       
“dia kawan abang masa di kolej lama. Abang tak berapa kenal dia kat sana, masa masuk kolej  ini baru kenal sikit-sikit. Tapi masa di kolej lama pernah jugalah tegur-tegur. Kalau Mel nak dia, abang boleh kenen-kenenkan. Nak?”
       
“abang ni, orang tanya saja dia boleh buat lawak pula. Tak mau lah.” Memang dimulut Mel menafikan apa yang dikatakan oleh Faris itu. Cuma dihati sahaja yang tahu betapa sukanya Mel jika apa yang diperkatakan oleh Faris itu menjadi kenyataan.
      
“jangan marah, abang bergurau saja.”
      
“abang, nama dia apa?”
     
“nama dia Kyle, abang panggil dia orang tua.”
     
“jahat abang ni tau, tak baik panggil dia macam tu. Kyle…” Mel cuba mengulangi nama itu sekali lagi. Puas bila mengetahui semua itu.
       
“kenapa?”
       
“tak ada apa, tanya saja.”

No comments:

Post a Comment